Dear Followers :)

Wednesday, March 30, 2011

Aku perlu lebih tekun :')

Assalamualaikum ,

Semester dua nie aku rasakan agak tough sedikit . Pelbagai rintangan dan dugaan datang bergolek , tapi tak kurang juga masa-masa yang indah itu . Semuanya bermakna . Semuanya memberi kesan . Kalau dulu sem satu aku lalui hari-hari dengan senyuman yang sentiasa di bibir , tapi kini tidak begitu selalu . Biasalah hidup , ada naik dan turunnya .

Walau bagaimanapun jua , aku tetap terus melangkah kaki dan terus berjalan . Aku tidak mampu berlari , aku tidak punya kuasa itu . Aku tidak punya tenaga itu . Aku tidak mampu . Kerana aku manusia biasa . Yang terlalu selalu dan akrab dengan kesalahan .

Semester dua . Aku harapkan sesuatu yang masih baik di akhirnya . Kejayaan hidup aku ini bergantung kepada doa kedua ibu bapa aku . Alhamdulillah , aku tahu mereka sering mendoakan aku , tiada hentinya . Untuk terus kuat dan tenang , aku perlukan redha dan rahmat dari Yang Kuasa . Dan demi itu , aku masih selalu berharap dan terus berdoa semoga dirahmati olehNya .

Entah kenapa , entah kenapa aku seperti kurang keyakinan diri . Pelajaran aku , seperti aku rasa ada kekurangan . Ya , mungkin kerana aku lihat manusia di sekeliling aku punya peningkatan diri . Aku bukan iri hati , jauh sekali niat itu , tapi aku rasa tercabar . Kerana aku tahu , aku pun boleh sepertimana mereka lakukan .

Usaha aku ? Aku akui , memang so-so pun . Sebab itulah , mungkin sebab itu . Aku kurang berusaha . Apa yang hebat kalau tanpa usaha ? Dear saya , berusahalah dengan lebih tekun . Tiada apa yang mustahil jika dengan usaha . Kepuasan itu pasti lain jika aku sertakan dengan usaha maksima .

Dengan itu , aku berazam untuk berusaha lebih tekun . Peperiksaan akhir semakin dan terlalu hampir . Kurang daripada sebulan lagi . Tak apa , aku masih belum terlambat . InsyaAllah jika dengan doa dan usaha , aku akan capai kejayaan dunia dan Akhirat . InsyaAllah .

Dengan segala kerendahan diri , aku mohon kemaafan daripada semua yang pernah aku kecilkan hati samada sengaja ataupun tidak , yang pernah aku buat kesalahan . Terima kasih kepada semua yang terus menyokong aku meneruskan hidup yang tidak pernah berhenti daripada dugaan dan ujian Yang Maha Kuasa . Aku mohon , doakanlah kejayaan aku di dunia dan di Akhirat . Semoga doa kalian termakbul dan semoga Allah merahmati kalian . Semoga kalian jua cemerlang dan bahagia dunia dan Akhirat .

* Aku dah terlambat nak pergi dinner ko-kurikulum ini . So , berambus dulu !! Wassalam :')

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment