Dear Followers :)

Wednesday, March 30, 2011

Untunglah



Untunglah
Kau selalu aku tunggu
Untunglah
Kau selalu aku fikirkan
Untunglah
Aku rindu ,
Aku rindu pada kau
Terlalu rindu
Untunglah
Kau aku sayang
Sampaikan aku kunci hati ini
Untuk kau , hanya kau
Untunglah kau , lelaki

Tapi ,
Aku pun manusia
Wanita pula
Yang hatinya lembut
Reti rasa letih
Reti rasa penat
Reti rasa sedih

Sedaya upaya
Aku cuba bersabar
Aku cuba bertahan
Aku cuba berasa yakin
Atas rasa cinta

Kau ku tak pasti
Kata dia kau tidak sama
Seperti aku
Kata dia kau tidak rasa
Sepertimana yang aku rasakan

Kerana itu
Aku makin sedih
Aku semakin hampir
Kepada putus asa
Tapi aku tak mahu
Tetap berdegil
Menafikan semua perasaan lelah ini
Apa bodoh sangat ke aku ini ? :/

Apa yang aku harapkan
Sesuatu yang terbaik untuk aku
Dan kau
Aku redha
Tapi aku mahukan kau
Tetap kau
Sebagai teman terakhirku
Ah , bodohnya aku !

Apa yang aku harapkan
Kau di sana
Merasakan seperti aku di sini
Walaupun agak pelik bunyinya
Tapi tidak mustahil , bukan ?

Kembalilah
Agar pulih rasa lelah ini
Kembalilah
Agar ceria hati ini
Kau pernah kata
Hati putihku ini perlu diwarnai
Tapi di mana kau ?
Kau hilang dengan membawa semua warna
Aku rindu :'(
Serius aku rindu
:'(


I wish you know how much you mean to me :'(

awak tolong LIKE ya ? :)

No comments:

Post a Comment